Wednesday, September 28, 2005

Bagaimana IVF dan PGD dilakukan?

Bagaimana IVF dan PGD dilakukan?

Secara ringkasnya, IVF bermakna persenyawaan telur (yang diambil daripada isteri) dan sperma dilakukan di dalam makmal membentuk embrio. Embrio ini kemudiannya akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri untuk membesar sebagai janin.Peratusan kejayaan mendapat anak melalui kaedah IVF adalah lebih tinggi berbanding hubungan kelamin terancang atau IUI. Pakar akan mengambil lapan hingga 20 biji telur (atau sebanyak mungkin telur yang dihasilkan ovari dalam bulan berkenaan dengan bantuan hormon) untuk disenyawakan.

Untuk proses PGD, pakar akan mengambil satu sel daripada embrio (blastomere) untuk dianalisa.Masalah utama yag menyukarkan proses PGD ialah lapisan kulit embrio yang terlalu tebal untuk pakar embrio mengambil sel blastomere berkenaan. Teknik PGD terbaru menggunakan cahaya laser di mana ia menggantikan cara menggunakan larutan asid Tyroid untuk menipiskan dinding embrio.Penggunaan cahaya laser kurang risiko berbanding asid Tyroid kerana embrio tidak terdedah terlalu lama dalam persekitaran berasid yang boleh menjejaskan kualiti embrio. Malah, proses pengambilan sel blastomere juga dianggarkan 80 peratus lebih cepat berbanding penggunaan asid.Malah, melalui biopsi ini pakar boleh memilih jantina anak serta mengenal pasti sebarang ketidaknormalan genetik (untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai penyakit genetik atau keturunan). Proses yang sama akan diulang kepada beberapa embrio lain.Selepas keputusan diperolehi (dalam tempoh empat hingga enam jam), embrio yang paling sihat akan dipilih dan disuntik ke dalam uterus ibu untuk perkembangan janin seterusnya. Embrio lain akan disimpan sehinggalah ia diperlukan kelak.

Bagaimanapun, tidak semua negara bersetuju menggunakan teknik ini, malah Australia contohnya mengenakan syarat ketat kepada pasangan kerana ada sesetengah saintis berpendapat kaedah ini melanggar etika perubatan lantaran pakar embrio boleh memilih jantina anak sedangkan ia jelas bertentangan dengan pegangan semua agama. Oleh kerana prosesnya yang rumit, maka kos untuk menjalankan PGD jauh lebih mahal berbanding kaedah IVF konvensional yang menelan belanja sekitar RM10,000 hingga RM15,000. Justeru PGD hanya disyorkan kepada pesakit yang mempunyai masalah genetik saja. Jalani ujian kesuburan apabila anda masih tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin bagi pasangan berumur di bawah 35 tahun dan isteri masih tidak mengandung selepas enam bulan berkahwin (pasangan melebihi 35 tahun) serta lelaki berpoligami tetapi tiada anak dengan isteri kedua.

Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home