Wednesday, September 28, 2005

IVF harapan baru pasangan mandul

Pada zaman dulu, wanita takut apabila telah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih belum mempunyai anak kerana ia sering dijadikan alasan suami untuk mencari orang baru.Pada zaman yang moden ini, isu anak tidak seharusnya menjadi punca rasa rendah diri, tertekan atau keretakan rumah tangga kerana perkembangan teknologi perubatan kini mampu membantu anda mengatasi masalah ini.Antaranya ialah Teknologi Reproduktif Bantuan (ART) iaitu kaedah alternatif yang boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat.

Teknik ART yang paling popular ialah persenyawaan in-vitro (IVF, iaitu persenyawaan luar rahim).Ada sesetengah pasangan yang sanggup membeli telur wanita lain untuk disenyawakan secara IVF sebelum dimasukkan ke dalam rahim isteri walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal di atas desakan naluri ingin memiliki anak sendiri.(Adakah hal ini tidak sah di sisi agama?) Menyedari keperluan ini, saintis Barat memperkenalkan teknologi IVF terkini yang dipanggil Pre-Implantation Genetic Diagnosis (PGD); iaitu teknik yang membolehkan analisis genetik dilakukan ke atas sel embrio sebelum dipindahkan ke dalam uterus wanita. Tujuannya untuk membuat penyaringan kecacatan kromosom ke atas wanita yang menghidapi penyakit keturunan, memilih embrio yang normal dan mengelakkan penyakit genetik seperti Sindrom Down, Patau, Edward atau Klinefelter.

Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home