Monday, September 26, 2005

Jenayah Siber

Mengapa sukar dibendung

Apabila kita ingin mencari sesuatu maklumat, pasti kita akan terfikirkan Internet kerana ianya cepat dan pantas.
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi canggih terkini menjanjikan satu cara penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.Disebabkan tiada sesiapa yang dapat mengawal penyebaran maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dicipta.

Pelbagai maklumat sama ada benar atau salah dari segi idea, ideologi, propaganda dan paling banyak pornografi disebarkan melalui Internet kerana ramai orang yang menggunakan perkhidmatan ini.Memang internet memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat sekarang tetapi pada masa yang sama timbul persoalan mengenai kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan pendapat penduduk mereka.

Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home