Wednesday, September 14, 2005

Talk and IM with your friends for free

What is Google Talk?

Satu lagi teknologi baru yang diperkenalkan oleh Google.Pernahkah anda dengar bahawa Google sekarang bukan sahaja untuk mencari maklumat, menghantar e-mail malah boleh bercakap dengan orang lain seperti berada di dalam bilik yang sama.

Anda sekarang boleh berbual dan menghantar IM(instant Messaging) dengan kawan-kawan secara percuma di mana-mana jua anda berada melalui Google Talk.Ia menawarkan pelbagai
pilihan seperti berhubung melalui e-mail,IM ataupun melalui panggilan.Selain itu,ia mempunyai kualiti yang baik seperti bercakap di hadapan komputer tetapi kawan anda boleh mendengarnya seperti di dalam bilik yang sama.Di samping itu,ia memberikan keselesaan di mana kenalan(contacts) Gmail anda akan dihantar(pre-loaded) ke Google Talk supaya anda boleh menjemput atau berbual dengan kawan anda, hanya dengan menekan satu butang sahaja.

Perkhidmatan ini cuma boleh digunakan oleh komputer yang menggunakan Microsoft Windows 2000 atau XP.Perkhidmatan ini memerlukan usename dan password untuk mengaksesnya.Jika anda belum mempunyai akaun, anda boleh melayari menggunakan telefon bimbit (bagi US sahaja) ataupun melayari www.gooogle.com/mail. Jadi cubalah menggunakan perkhidmatan ini hari ini kerana ianya adalah percuma dan amat menarik sekali kerana dapat menjimatkan kos pemanggilan menggunakan telefon.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web http://www.google.com/talk/about.html bagi mendapatkan maklumat terperinci.

Something to ponder!!!

Adakah cara ini selamat digunakan?Adakah maklumat atau perbualan anda akan dicuri atau di hack?Hal ini kerana ia merupakan teknologi baru yang diperkenalkan dengan menggabungkan penggunaan internet dengan telefon.Yahoo ataupun MSN juga belum 'create' teknologi sebegini.Seperti yang kita tahu apabila kita menggunakan web-camera untuk melihat orang lain seperti 'face to face', sebenarnya kita berisiko tinggi untuk di hack oleh orang lain.Jadi berikanlah pendapat anda mengenai teknologi ini.

Dipetik daripada artikel The Star (13 Sept 2005)

Disediakan oleh: Wong How Ling (A108917)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home