Tuesday, October 11, 2005

<>

Apakah Dia SISTEM????
**Sistem ialah satu set elemen atau komponen yang berinteraksi untuk mencapai matlamat tertentu.
**Contohnya: sistem sekolah dan sistem komputer.
<< Sistem Komputer>>
**Sistem komputer terdiri daripada koleksi manusia, perkakasan, perisian, data, dan tatacara (procedures) yang berinteraksi untuk menghasilkan data serta maklumat yang bermakna kepada pihak yang memerlukannya.
<<>>
**Data diinput, diproses, dioutput dan disimpan oleh kelengkapan tertentu yang dipanggil perkakasan. Kelengkapan-kelengkapan ini termasuk peranti input, satu unit sistem, peranti output, peranti storan dan peranti komunikasi.
<>
**Peranti input diguna untuk memasukkan data ke dalam komputer. Dua peranti input yang umum ialah papan kekunci dan tetikus.
<>
**Unit sistem mengandungi litar elektronik yang membolehkan pemprosesan data berlaku. Litar elektronik ini adalah sebahagian daripada atau disambung kepada papan litar utama dipanggil papan induk (mother board).
**Papan induk ini termasuk unit pemprosesan pusat (CPU – Central Processing Unit), ingatan, dan komponen-komponen elektronik lain.
**Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mengandungi satu unit kawalan dan unit Aritmetik/Logik (ALU). CPU juga dikenali sebagai pemproses (processor).
**Ingatan, juga dipanggil ingatan capaian rawak (RAM – Random Access Memory) dan ingatan utama menyimpan data dan suruhan program secara sementara apabila ia diproses.
Komponen elektronik lain termasuk komponen yang bekerja sama dengan peranti input, output dan storan.
<>
**Output ialah hasil pemprosesan data. Peranti output menukarkan hasil pemprosesan ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh pengguna. Tiga peranti umum ialah monitor, pencetak dan pembesar suara.
<>
**Peranti storan, juga dikenali sebagai storan sekunder, menyimpan suruhan dan data apabila diperlukan oleh unit sistem. Peranti storan sering berfungsi sebagai sumber input apabila data tersimpan dibaca ke dalam ingatan. Contoh-contoh peranti sekunder termasuk pemacu cakera liut, pemacu cakera keras dan pemacu CD-ROM.
<>
**Peranti komunikasi menghubungkan satu komputer kepada komputer lain. Modem ialah peranti komunikasi untuk menghubungkan komputer melalui talian telefon.
**Kad antara muka rangkaian (network interface card) diguna bersama dengan kabel komunikasi untuk menyambungkan komputer bersama seperti di dalam makmal komputer. Satu kumpulan komputer yang disambungkan bersama dipanggil satu rangkaian (network).
<>
**Peranti persisian ialah satu istilah umum untuk sebarang peranti yang disambungkan kepada unit sistem.
<<>>
**Komponen-komponen unit sistem biasanya terkandung dalam satu kotak logam or plastik. Komponen-komponen ini terdiri daripada papan induk, mikropemproses atau CPU, soket upgrade, ingatan, kopemproses (coprocessor), bas, slot tambah (expansion slot), port dan penyambung (connector), ruang (bay), bekalan kuasa dan komponen bunyi.

prepared by,
Nur Shuhada' Ahmad Mahir
A108775

0 Comments:

Post a Comment

<< Home