Monday, October 03, 2005

Laman web statik hampir pupus, ganti dinamik guna Zope


Kini, kebanyakan laman web adalah dinamik, hasil penggunaan bahasa pengaturcaraan di dalam kod Hyper Text Markup Language (HTML). Laman web yang statik sudah ketinggalan zaman.

Apakah perbezaan antara laman statik dan dinamik?

Laman dinamik selalunya lebih personal dan berubah mengikut keadaan atau cara laman itu dicapai.Laman web perbankan internet, web emel seperti Yahoo mail dan G-mail adalah contoh laman dinamik. Laman statik amat sukar dicari sekarang.Ketika melayari laman web, setiap pautan akan membawa ke halaman lain. Laman statik selalunya mempunyai fail untuk setiap halaman di dalam laman web berkenaan. Jika ada 500 halaman yang hendak diterbitkan untuk pelungsur, maka kita juga harus menyediakan 500 fail yang berkaitan. Ini belum termasuk objek lain seperti gambar, fail audio, video dan lain-lain.Pengurusan dan pengendalian akan menjadi sukar kerana semakin banyak halaman perlu ditambah.

Dengan laman dinamik, kita mungkin hanya perlu menyediakan beberapa skrip atau program untuk mengambil maklumat yang mungkin disimpan di dalam pangkalan data, tidak kira sama ada pangkalan data itu relational, objek, atau pangkalan data lain.

Antara produk yang boleh digunakan untuk mengurus dan menghasilkan laman web dinamik ialah WebObject, Websphere, JBoss, Jakarta Tomcat, WebLogic, solution LAMP (Linux, Apache, Mysql dan Perl/Php/Python), Coldfusion dan Zope. Bagaimana ia dapat membantu menghasil, mengendali dan menguruskan laman dinamik?Ingin ketahuinya dengan terperinci, sila teruskan membaca…

Apa itu Zope?
Z Object Publishing Environment (ZOPE), ialah pelayan aplikasi web berorientasikan objek (OO) yang menggunakan bahasa pengaturcaran Python iaitu bahasa pengaturcaraan yang interpreted, berorientasikan objek dan interaktif .Ia boleh dilaksana di hampir semua sistem operasi seperti Windows, Unix, Macintosh dan OS2.Ia juga disenaraikan sebagai rangka kerja kerana ia menggalakkan penggunaan semula kod (code reuse) dengan menggunakan modul dan pustaka yang disertakan.Zope juga boleh digunakan sebagai Content Management System (CMS) asas kerana ia boleh dikendali dan diurus melalui browser dan membenarkan pengurusan dikendalikan oleh ramai pengguna.

Zope dilesenkan dengan Zope Public License (http://www.zope.org/Resources/ZPL).Ringkasnya penggunaan dan sumber Zope adalah percuma.Zope Corporation meletakkan Zope di bawah pelesenan sumber terbuka hanya pada 1998 dengan release 1.7 dan release terakhir ialah versi 2.8.x pada Jun 2005.Pada 2004 juga, Zope Corporation dengan kerjasama pembangun perisian lain menghasilkan Zope X3, iaitu usaha membangunkan versi Zope baru tanpa mengira backward compatibility. X di dalam Zope X3 bermaksud sedang diuji.

Matlamatnya ialah menghasilkan Zope yang lebih baik menggunakan pengalaman yang dipelajari sepanjang penggunaan dan pembinaan siri Zope 2.x serta menggunakan teknologi dan reka bentuk perisian terkini.Zope X3 mula digunakan untuk umum pada Jun 2004. Kini, pembangun Zope dan Zope Corporation sedang mengusahakan Zope 3, dan beta release telah dihasilkan pada Jun 2005.

Amalan Zope ialah menghasilkan perisian sebagai versi alpha, kemudian beta dan seterusnya versi akhir.Buat masa ini, Zope 2.x adalah pilihan ramai pengguna kerana banyak sokongan dan plug-in tambahan berbanding Zope X3 manakala Zope 2.8 adalah penghubung ke Zope 3 kerana ia dibina menggunakan sebahagian teknologi Zope 3.
_
Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

1 Comments:

Blogger Super Blogger said...

Hey, you have a great blog here! I'm definitely going to bookmark you!

I have a learn visual basic site. It pretty much covers learn visual basic related stuff.

Come and check it out if you get time :-)

10:59 PM  

Post a Comment

<< Home