Tuesday, October 11, 2005

MAXTOR ONE TOUCH FIRE WIRE...!!

MAXTOR sebagai salah satu pengeluar cakera keras (hard disk) yang terbaik telah mula mengeluarkan storan luaran yang dibentuk daripada produk cakera kerasnya. Hasilnya adalah keluarga OneTouch yang mampu menyimpan fail dalam bentuk dokumen, video, gambar dan juga dokumen dalam pelbagai format. Maxtor One Touch yang mempunyai dwi sambungan iaitu FireWire dan USB. Kehadiran Fire Wire membolehkan storan ini digunakan secara langsung ketika menyunting imej atau video. Saiznya yang tipis dan boleh diposisikan tegak memudahkan ia diletakkan di mana sahaja diatas meja. Dengan ruang seluas 250GB ia mampu menyimpan sehingga 19 jam fail video DVD, 250 jam video MPEG, 250 ribu foto digital dan lebih 62 ribu fail MP3. Antara muka Fire Wire yang digunakan pada peranti storan ini menggunakan cipset Oxford 911 yang mampu memberikan kadar data400Mb/saat. Menerusi FireWire itu juga anda boleh menyambungkan dalam bentuk rerantai sehingga 62 peranti FireWire. Peranti ini mudah dipasang terutama USB 2.0 untuk PC dan FireWire untuk Mac. Jika PC anda tidak menyokong USB 2.0 ia masih boleh berfungsi tetapi ia akan berfungsi dengan keupayaan kurang 100%. Cakera keras yang digunakan adalah ATA3.5 inci dengan antaramuka Ultra ATA133. Kami mendapat kapasiti 250GB untuk diuji tetapi OneTouch ini juga boleh didapati dalam peranti kelihatan bersama dengan PC kapasiti 160GB, 200GB dan 300GB yang berkelajuan 7200 rpm. Ujian perpindahan fail yang dijalankan dengan jumlah 30GB data yang terdiri daripada pelbagai jenis dokumen, didapati peranti ini mampu menerima perpindahan itu dengan pantas dan ia mengambil masa kurang dari 20 minit.
Klik di sini untuk melihat gambar produk MaxtorOneTouch FireWire : http://ai.pricegrabber.com/product_images/4215000-4215999/4215607_125.jpg

Sekian....
Disediakan oleh : Wan Mohd Hasbullah Bin Wan Abdul Rahman (A109036)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home