Monday, October 10, 2005

PC anda...Ape yang belum anda ketahui....???

Saya rasa buat ketika ini ramai pengguna PC yang sudah kenal akan PC mereka tetapi tidak seramai yang kerajaan mahu. Malah saya tahu banyak komputer menjadi hiasan di rumah dan tidak digunakan. Malah ada juga yang hanya menggunakan komputer untuk bermain games daripada mempelajari penggunaan perisian dan memahirkan diri dengan ilmu IT. Tapi itu terpulanglah tepuk dada tanya selera.Komputer biasanya terdapat dalam empat komponen iaitu CPU, monitor, papan kekunci dan tetikus. Segala pemprosesan dalam sebuah komputer dijalankan oleh CPU yang mengendalikan input daripada papan kekunci dan tetikus. Manakala monitor pula memaparkan sagala operasi yang sedang beroperasi. CPU pula mengandungi pemacu CD, cakera keras, memori, pemproses dan papaninduk. Segala komponen disambungkan kepada papan induk yang akan mengendalikan segala pemprosesan yang berlaku dalam komputer dengan bantuan sistem operasi atau OS. Marilah kita ulang kaji komponen PC anda supaya anda tahu apa yang anda gunakan atau bagi pengguna baru pastikan yang anda dapatkan PC yang terbaik. Ingat, PC yang berkuasa tidak semestinya mahal.



Pemproses (processor)

Hanya terdapat dua pilihan pemproses, Intel atau AMD. Pemproses yang menjadi pilih adalah Intel Pentium 4 3.4E atau AMD Athlon 643500 atau Barton 3000b di mana satu penggunaan terbaik Windows dan perisian kemudian satu lagi untuk mendapatkan kuasa yang maksima bagi grafik dan permainan komputer. Kedua-dua permproses itu adalah pilihan untuk mendapatkan kuasa yang maksimum tetapi jika anda mahu spesifikasi yang minimum dan cukup untuk anda boleh dapatkan Intel Celeron atau AMD Athlon XP2200+. Papan induk yang sesuai juga penting untuk P4 dan Celeron yang mana ia menyediakan sistem bas yang serasi iaitu 533MHz untuk P4, dan 400 MHz untuk Celeron.

Memori (RAM)

Jumlah minima yang sesuai untuk sebuah PC adalah adalah 256MB tetapi 512MB adalah lebih baik kerana harga memori sekarang semakin turun. Terdapat beberapa jenis memoridi pasaran iaitu PC133 SDRAM, DDR iaitu DDR2 dan DDR 400 (kelajuan dalam lingkungan200-,266-,333-, dan 400-MHz), Super DDRdan RDRAM (atau Rambus, kelajuan di antara600 MHz hingga 1 GHz).

Pemacu Optik (CD-ROM)

Biasanya kita akan menggunakan pemacu CD-ROM. Tetapi kini pemacu CD-RW /DVD+RW / DVD-ROM telah menjadi pilihan kerana ia boleh menulis kepada CD atau DVD. Jika anda mahu menyunting video atau mengarkibkan gambar ke dalam CD pemacu CD-RW atau DVD+RW adalah yang baik untuk anda. Malah dengan pemacu seperti ini beban cakera keras boleh dikurangkan dengan mengarkibkan kandungan itu kepada CD. Kelajuan untuk pemacu CD-RW adalah 52x dan DVD+RW adalah 16x.


Bersambung....

Disediakan oleh : Wan mohd Hasbullah Bin Wan Abdul Rahman (A109036)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home