Monday, October 10, 2005

Sambungan....PC anda...

Perkakasan input

Untuk papan kekunci anda boleh dapatkan pemacu yang menggunakan sambungan USB /PS2. Malah ada juga kini ada papan kekunci dan tetikus tanpa wayar yang menggunakan inframerah dan Bluetooth. Manakala tetikus pula anda boleh menggunakan jenis sambunganUSB / PS2 yang menggunakan pilihan optikal untuk mengurangkan masalah kerosakan yang biasa terdapat pada tetikus dengan bebola.

Multimedia

Bagi anda yang suka mendengar lagu MP3 atau menonton wayang VCD atau DVD adalah sesuai jika anda dapatkan sistem pembesar suara 5.1 atau 7.1 yang berkuasa sekurang-kurangnya 1000W. Untuk menyesuaikannya gunakan kad bunyi dengan keupayan dupleks. Pembesar suara Klipsch ProMedia Ultra5.1 dan mampu menyokong sistem bunyi 5.1 atau 7.1 yang anda inginkan.

Kad grafik (Graphic Card)

Adalah komponen yang penting untuk memaparkan grafik kepada monitor dengan itu anda hendaklah memilih kad grafik yang sesuai dengan kehendak grafik anda. Anda boleh gunakan 64 MB untuk grafik biasa, memori 128 MB untuk grafik biasa dan permainan, 256 atau 512 MB untuk grafik yang ekstrem. Pastikan juga anda dapatkan kad 128bit jika anda mahu memainkan permainan komputer yang mempunyai grafik yang berat. Saiz monitor pula bergantung kepada kehendak anda tetapi 15 inci dan 17 inci adalah sesuai untuk penggunaan pejabat dan rumah. Anda boleh membuat pilihan untuk monitor CRT atau LCD, itu pun menurut bajet yang anda ada.

~My OPiNioN~

Pada saya ikut bajet dan juga kehendak anda. Jika anda mahukan bantuan sokongan yang baik dan mudah, anda boleh dapatkan komputer berjenama seperti Dell, HP, Acer, IBM atau FTEC. Tetapi jika anda mahukan Pemacu DVD+RW komputer yang direka sendiri (custom make) anda boleh pergi ke kedai komputer (Low Yat Plaza sangat direkemen...) untuk membina komputer anda sendiri. Jika anda mahukan PC yang berkuasa turbo anda boleh lakukan dengan cara ini malah dengan harga yang berpatutan.... =D

TIPS MEMBELI PC DENGAN SPESIFIKASI YANG SESUAI...

* Pentium 4 2.66-GHz atau Athlon XP 2800+.
* Kira-kira 256 MB memori, 512 MB lebih baik.
* Pastikan ia ada slot AGP untuk kemampuan penambahan cip grafik.
* Dapatkan kad bunyi dan sistem bunyi 5.1 atau 7.1 untuk kesan bunyi terbaik.
* Pilihan monitor 19 inci CRT atau LCD 15inci.
* Dapatkan pemacu CD-RW atau DVD boleh rakam.
* Sekurang-kurangnya storan 60GB atau lebih.
* Pastikan yang port USB anda ada di depan CPU bagi memudahkan sambungan USB.
* Dapatkan port FireWire jika anda mahu gunakan video kamera digital.
* Kad grafik dengan 128MB RAM dan sokongan DirectX 8. Dapatkan yang 128 bit untuk permainan yang berintensif grafik.



Sekian...
Disediakan oleh : Wan Mohd Hasbullah Bin wan Abdul Rahman (A109036)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home