Monday, October 10, 2005

TEKNOLOGI KESELAMATAN TERBARU-HONDA ASV-3

Pada 21 September 2005, Honda Motor Co.Ltd mengumumkan penghasilannya dalam pengkembangan ASV-3 (Advances Safety Vehicle), sebuah 'prototype' kenderaan yang dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan revolusioner. Teknologi tersebut meliputi sebuah sistem yang mampu mencegah kecelakaan melalui pertukaran informasi antara kenderaan dan memberikan peringatan kepada pemandu bahawa mungkin terjadinya kemalangan.

Projek ini merupakan hasil kerjasama yang dilakukan antara Honda dengan pemerintah Indonesia selama 5 tahun. Honda ASV-3 dilengkapi dengan sebuah peranti komunikasi canggih yang membolehkan pertukaran informasi antara kenderaan seperti meningkatkan kepantasan dan posisi kenderaan sebanyak 120 kenderaan dalam jarak sehingga 200 meter.

Sistem komunikasi antara kenderaan tersebut berguna untuk memberikan informasi secara automatik bagi pemandu apabila ada kenderaan lain yang sedang mendekatinya khususnya pada persimpangan jalan atau lingkungan jalan tertutup. Jika komputer di dalam kenderaan telah menganalisa bahawa sebuah kemalangan berpotensi untuk terjadi maka sistem keselamatan ini akan memberikan peringatan kepada pemandu dengan cara menggetarkan pedal rem, gas, atau roda.

Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home