Wednesday, October 12, 2005

Interesting facts about OpenWorld

It attract over 35,000 attendees from around the world.Do you know that more than 28,000sq ft of carpet used and more than 2,850 network connections. At peak demand, the network handled 45Mbps (megabits per second) and five million characters per second.Furthermore, about 500 journalists attended the event.Besides this, more than 3,423 caffeinated and 816 decaffeinated gallons of coffee consumed and more than 1,720 electrician hours to get the Moscone Centre ready for the event.

Prepared By,
Wong How Ling
A108917

Tuesday, October 11, 2005

<>

Apakah Dia SISTEM????
**Sistem ialah satu set elemen atau komponen yang berinteraksi untuk mencapai matlamat tertentu.
**Contohnya: sistem sekolah dan sistem komputer.
<< Sistem Komputer>>
**Sistem komputer terdiri daripada koleksi manusia, perkakasan, perisian, data, dan tatacara (procedures) yang berinteraksi untuk menghasilkan data serta maklumat yang bermakna kepada pihak yang memerlukannya.
<<>>
**Data diinput, diproses, dioutput dan disimpan oleh kelengkapan tertentu yang dipanggil perkakasan. Kelengkapan-kelengkapan ini termasuk peranti input, satu unit sistem, peranti output, peranti storan dan peranti komunikasi.
<>
**Peranti input diguna untuk memasukkan data ke dalam komputer. Dua peranti input yang umum ialah papan kekunci dan tetikus.
<>
**Unit sistem mengandungi litar elektronik yang membolehkan pemprosesan data berlaku. Litar elektronik ini adalah sebahagian daripada atau disambung kepada papan litar utama dipanggil papan induk (mother board).
**Papan induk ini termasuk unit pemprosesan pusat (CPU – Central Processing Unit), ingatan, dan komponen-komponen elektronik lain.
**Unit Pemprosesan Pusat (CPU) mengandungi satu unit kawalan dan unit Aritmetik/Logik (ALU). CPU juga dikenali sebagai pemproses (processor).
**Ingatan, juga dipanggil ingatan capaian rawak (RAM – Random Access Memory) dan ingatan utama menyimpan data dan suruhan program secara sementara apabila ia diproses.
Komponen elektronik lain termasuk komponen yang bekerja sama dengan peranti input, output dan storan.
<>
**Output ialah hasil pemprosesan data. Peranti output menukarkan hasil pemprosesan ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh pengguna. Tiga peranti umum ialah monitor, pencetak dan pembesar suara.
<>
**Peranti storan, juga dikenali sebagai storan sekunder, menyimpan suruhan dan data apabila diperlukan oleh unit sistem. Peranti storan sering berfungsi sebagai sumber input apabila data tersimpan dibaca ke dalam ingatan. Contoh-contoh peranti sekunder termasuk pemacu cakera liut, pemacu cakera keras dan pemacu CD-ROM.
<>
**Peranti komunikasi menghubungkan satu komputer kepada komputer lain. Modem ialah peranti komunikasi untuk menghubungkan komputer melalui talian telefon.
**Kad antara muka rangkaian (network interface card) diguna bersama dengan kabel komunikasi untuk menyambungkan komputer bersama seperti di dalam makmal komputer. Satu kumpulan komputer yang disambungkan bersama dipanggil satu rangkaian (network).
<>
**Peranti persisian ialah satu istilah umum untuk sebarang peranti yang disambungkan kepada unit sistem.
<<>>
**Komponen-komponen unit sistem biasanya terkandung dalam satu kotak logam or plastik. Komponen-komponen ini terdiri daripada papan induk, mikropemproses atau CPU, soket upgrade, ingatan, kopemproses (coprocessor), bas, slot tambah (expansion slot), port dan penyambung (connector), ruang (bay), bekalan kuasa dan komponen bunyi.

prepared by,
Nur Shuhada' Ahmad Mahir
A108775

APA ITU KOMPUTER????

>>KOMPUTER ialah sebarang peralatan/mesin/alat yang digunakan untuk memproses maklumat/informasi berpandukan kepada prosedur/arahan yang ditetapkan.

>>Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizik serta fungsi komponen-komponen komputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain.

>>Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputer multimedia apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini. Lebih khas lagi bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu mari kita menyelami pengetahuan mengenai komponen-komponen asas yang terdapat pada sesuatu komputer peribadi.Pada dasarnya, perkataan komputer bermaksud ahli kira (compute).

>>Ahli kira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik samada dengan pertolongan alat mekanik atau tidak. Seterusnya hasil kiraan dialih ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.Definisi

>>Takrifan asal Komputer, seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira (compute) satu fungsi atau bilangan fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira Komputer moden, salah satu ciri-ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan perisian yang sesuai, komputer berkemampuan untuk Meniru (emulate) sebarang alat kira. Namun kemampuan ini juga dibatasi oleh kapasiti (muatan) storan, serta kelajuan proses.

>>Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh diguna sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk kerja-kerja tertentu. Ciri-ciri "serba-guna" ini boleh disimpulkan sebagai syarat yang mesin tersebut berupaya untuk meniru (emulate) tingkah-laku Mesin Turing umum. Mesin yang memenuhi syarat ini dikatakan Turing-Complete (Lengkap-Turing). Mesin pertama yang lengkap-Turing muncul pada tahun 1940an.

MAXTOR ONE TOUCH FIRE WIRE...!!

MAXTOR sebagai salah satu pengeluar cakera keras (hard disk) yang terbaik telah mula mengeluarkan storan luaran yang dibentuk daripada produk cakera kerasnya. Hasilnya adalah keluarga OneTouch yang mampu menyimpan fail dalam bentuk dokumen, video, gambar dan juga dokumen dalam pelbagai format. Maxtor One Touch yang mempunyai dwi sambungan iaitu FireWire dan USB. Kehadiran Fire Wire membolehkan storan ini digunakan secara langsung ketika menyunting imej atau video. Saiznya yang tipis dan boleh diposisikan tegak memudahkan ia diletakkan di mana sahaja diatas meja. Dengan ruang seluas 250GB ia mampu menyimpan sehingga 19 jam fail video DVD, 250 jam video MPEG, 250 ribu foto digital dan lebih 62 ribu fail MP3. Antara muka Fire Wire yang digunakan pada peranti storan ini menggunakan cipset Oxford 911 yang mampu memberikan kadar data400Mb/saat. Menerusi FireWire itu juga anda boleh menyambungkan dalam bentuk rerantai sehingga 62 peranti FireWire. Peranti ini mudah dipasang terutama USB 2.0 untuk PC dan FireWire untuk Mac. Jika PC anda tidak menyokong USB 2.0 ia masih boleh berfungsi tetapi ia akan berfungsi dengan keupayaan kurang 100%. Cakera keras yang digunakan adalah ATA3.5 inci dengan antaramuka Ultra ATA133. Kami mendapat kapasiti 250GB untuk diuji tetapi OneTouch ini juga boleh didapati dalam peranti kelihatan bersama dengan PC kapasiti 160GB, 200GB dan 300GB yang berkelajuan 7200 rpm. Ujian perpindahan fail yang dijalankan dengan jumlah 30GB data yang terdiri daripada pelbagai jenis dokumen, didapati peranti ini mampu menerima perpindahan itu dengan pantas dan ia mengambil masa kurang dari 20 minit.
Klik di sini untuk melihat gambar produk MaxtorOneTouch FireWire : http://ai.pricegrabber.com/product_images/4215000-4215999/4215607_125.jpg

Sekian....
Disediakan oleh : Wan Mohd Hasbullah Bin Wan Abdul Rahman (A109036)

Hi all the members of my group!!!

12 September is the dateline for posting or update your blog.Please do as soon as possible.Marks will be finalise soon.Take note!!!Enjoy exam and wish all of us get flying colour in exam.Don't be so tension.Happy go lucky everyday.There is always a way for us.May god bless you all.Bye

What is broadband?

Broadband in general refers to data transmission where multiple pieces of data are sent simultaneously to increase the effective rate of transmission. In network engineering this term is used for methods where two or more signals share a medium.Analog modems above 600 bit/s, are broadband, broadband has been more closely associated with higher data rate forms of broadband data transmission such as T-carrier and Digital Subscriber Lines while narrowband refers to a signal which occupies only a small amount of space on the radio spectrum.Example narrowband is an FM broadcast station takes up 150~200kHz on the FM band, whereas a TV station's audio is narrowband, taking up only 25kHz, and weatheradio broadcasts are even narrower than that. Therefore, the word broadband has also come to mean a relatively high rate, while the term narrowband is used to mean a relatively low rate. It is now quite common to hear a broadband method such as a 9600 bit/s modem described as narrowband, while a high rate baseband transmission such as 10BASE-T is described as broadband. The International Telecommunication Union Standardization Sector (ITU-T) recommendation I.113 has defined broadband as a transmission capacity that is faster than primary rate ISDN, at 1.5 to 2 Mbit/s. However speeds of 256 kbit/s and greater are commonly marketed as broadband and this convention is held to by policy makers and ISPs alike.The term narrowband is also used to mean the opposite of wideband instead of the opposite of broadband.

Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

Monday, October 10, 2005

Sambungan....PC anda...

Perkakasan input

Untuk papan kekunci anda boleh dapatkan pemacu yang menggunakan sambungan USB /PS2. Malah ada juga kini ada papan kekunci dan tetikus tanpa wayar yang menggunakan inframerah dan Bluetooth. Manakala tetikus pula anda boleh menggunakan jenis sambunganUSB / PS2 yang menggunakan pilihan optikal untuk mengurangkan masalah kerosakan yang biasa terdapat pada tetikus dengan bebola.

Multimedia

Bagi anda yang suka mendengar lagu MP3 atau menonton wayang VCD atau DVD adalah sesuai jika anda dapatkan sistem pembesar suara 5.1 atau 7.1 yang berkuasa sekurang-kurangnya 1000W. Untuk menyesuaikannya gunakan kad bunyi dengan keupayan dupleks. Pembesar suara Klipsch ProMedia Ultra5.1 dan mampu menyokong sistem bunyi 5.1 atau 7.1 yang anda inginkan.

Kad grafik (Graphic Card)

Adalah komponen yang penting untuk memaparkan grafik kepada monitor dengan itu anda hendaklah memilih kad grafik yang sesuai dengan kehendak grafik anda. Anda boleh gunakan 64 MB untuk grafik biasa, memori 128 MB untuk grafik biasa dan permainan, 256 atau 512 MB untuk grafik yang ekstrem. Pastikan juga anda dapatkan kad 128bit jika anda mahu memainkan permainan komputer yang mempunyai grafik yang berat. Saiz monitor pula bergantung kepada kehendak anda tetapi 15 inci dan 17 inci adalah sesuai untuk penggunaan pejabat dan rumah. Anda boleh membuat pilihan untuk monitor CRT atau LCD, itu pun menurut bajet yang anda ada.

~My OPiNioN~

Pada saya ikut bajet dan juga kehendak anda. Jika anda mahukan bantuan sokongan yang baik dan mudah, anda boleh dapatkan komputer berjenama seperti Dell, HP, Acer, IBM atau FTEC. Tetapi jika anda mahukan Pemacu DVD+RW komputer yang direka sendiri (custom make) anda boleh pergi ke kedai komputer (Low Yat Plaza sangat direkemen...) untuk membina komputer anda sendiri. Jika anda mahukan PC yang berkuasa turbo anda boleh lakukan dengan cara ini malah dengan harga yang berpatutan.... =D

TIPS MEMBELI PC DENGAN SPESIFIKASI YANG SESUAI...

* Pentium 4 2.66-GHz atau Athlon XP 2800+.
* Kira-kira 256 MB memori, 512 MB lebih baik.
* Pastikan ia ada slot AGP untuk kemampuan penambahan cip grafik.
* Dapatkan kad bunyi dan sistem bunyi 5.1 atau 7.1 untuk kesan bunyi terbaik.
* Pilihan monitor 19 inci CRT atau LCD 15inci.
* Dapatkan pemacu CD-RW atau DVD boleh rakam.
* Sekurang-kurangnya storan 60GB atau lebih.
* Pastikan yang port USB anda ada di depan CPU bagi memudahkan sambungan USB.
* Dapatkan port FireWire jika anda mahu gunakan video kamera digital.
* Kad grafik dengan 128MB RAM dan sokongan DirectX 8. Dapatkan yang 128 bit untuk permainan yang berintensif grafik.



Sekian...
Disediakan oleh : Wan Mohd Hasbullah Bin wan Abdul Rahman (A109036)

TEKNOLOGI KESELAMATAN TERBARU-HONDA ASV-3

Pada 21 September 2005, Honda Motor Co.Ltd mengumumkan penghasilannya dalam pengkembangan ASV-3 (Advances Safety Vehicle), sebuah 'prototype' kenderaan yang dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan revolusioner. Teknologi tersebut meliputi sebuah sistem yang mampu mencegah kecelakaan melalui pertukaran informasi antara kenderaan dan memberikan peringatan kepada pemandu bahawa mungkin terjadinya kemalangan.

Projek ini merupakan hasil kerjasama yang dilakukan antara Honda dengan pemerintah Indonesia selama 5 tahun. Honda ASV-3 dilengkapi dengan sebuah peranti komunikasi canggih yang membolehkan pertukaran informasi antara kenderaan seperti meningkatkan kepantasan dan posisi kenderaan sebanyak 120 kenderaan dalam jarak sehingga 200 meter.

Sistem komunikasi antara kenderaan tersebut berguna untuk memberikan informasi secara automatik bagi pemandu apabila ada kenderaan lain yang sedang mendekatinya khususnya pada persimpangan jalan atau lingkungan jalan tertutup. Jika komputer di dalam kenderaan telah menganalisa bahawa sebuah kemalangan berpotensi untuk terjadi maka sistem keselamatan ini akan memberikan peringatan kepada pemandu dengan cara menggetarkan pedal rem, gas, atau roda.

Disediakan Oleh : Wong How Ling (A108917)

PC anda...Ape yang belum anda ketahui....???

Saya rasa buat ketika ini ramai pengguna PC yang sudah kenal akan PC mereka tetapi tidak seramai yang kerajaan mahu. Malah saya tahu banyak komputer menjadi hiasan di rumah dan tidak digunakan. Malah ada juga yang hanya menggunakan komputer untuk bermain games daripada mempelajari penggunaan perisian dan memahirkan diri dengan ilmu IT. Tapi itu terpulanglah tepuk dada tanya selera.Komputer biasanya terdapat dalam empat komponen iaitu CPU, monitor, papan kekunci dan tetikus. Segala pemprosesan dalam sebuah komputer dijalankan oleh CPU yang mengendalikan input daripada papan kekunci dan tetikus. Manakala monitor pula memaparkan sagala operasi yang sedang beroperasi. CPU pula mengandungi pemacu CD, cakera keras, memori, pemproses dan papaninduk. Segala komponen disambungkan kepada papan induk yang akan mengendalikan segala pemprosesan yang berlaku dalam komputer dengan bantuan sistem operasi atau OS. Marilah kita ulang kaji komponen PC anda supaya anda tahu apa yang anda gunakan atau bagi pengguna baru pastikan yang anda dapatkan PC yang terbaik. Ingat, PC yang berkuasa tidak semestinya mahal.



Pemproses (processor)

Hanya terdapat dua pilihan pemproses, Intel atau AMD. Pemproses yang menjadi pilih adalah Intel Pentium 4 3.4E atau AMD Athlon 643500 atau Barton 3000b di mana satu penggunaan terbaik Windows dan perisian kemudian satu lagi untuk mendapatkan kuasa yang maksima bagi grafik dan permainan komputer. Kedua-dua permproses itu adalah pilihan untuk mendapatkan kuasa yang maksimum tetapi jika anda mahu spesifikasi yang minimum dan cukup untuk anda boleh dapatkan Intel Celeron atau AMD Athlon XP2200+. Papan induk yang sesuai juga penting untuk P4 dan Celeron yang mana ia menyediakan sistem bas yang serasi iaitu 533MHz untuk P4, dan 400 MHz untuk Celeron.

Memori (RAM)

Jumlah minima yang sesuai untuk sebuah PC adalah adalah 256MB tetapi 512MB adalah lebih baik kerana harga memori sekarang semakin turun. Terdapat beberapa jenis memoridi pasaran iaitu PC133 SDRAM, DDR iaitu DDR2 dan DDR 400 (kelajuan dalam lingkungan200-,266-,333-, dan 400-MHz), Super DDRdan RDRAM (atau Rambus, kelajuan di antara600 MHz hingga 1 GHz).

Pemacu Optik (CD-ROM)

Biasanya kita akan menggunakan pemacu CD-ROM. Tetapi kini pemacu CD-RW /DVD+RW / DVD-ROM telah menjadi pilihan kerana ia boleh menulis kepada CD atau DVD. Jika anda mahu menyunting video atau mengarkibkan gambar ke dalam CD pemacu CD-RW atau DVD+RW adalah yang baik untuk anda. Malah dengan pemacu seperti ini beban cakera keras boleh dikurangkan dengan mengarkibkan kandungan itu kepada CD. Kelajuan untuk pemacu CD-RW adalah 52x dan DVD+RW adalah 16x.


Bersambung....

Disediakan oleh : Wan mohd Hasbullah Bin Wan Abdul Rahman (A109036)